Memaparkan catatan dengan label Malaysia AIrline. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia AIrline. Papar semua catatan

Selasa, 30 April 2019

Cuti Bali - Percutian Mewah 5 bintang 6 hari 5 Malam / Bajet Bawah RM800 seorang

cuti bali


Siapa  pernah cuti ke Bali pasti setuju, Bali sangat sangat sangat sangat sangattttt best! 

Post kali ni sisturs nak share macam mana kami sekeluarga,  4 beranak / 2 dewasa & 2 kanak-kanak riang bercuti mewah ke Bali. 

Meh story morey... 😊

cuti bali

FLIGHT ✈️ 
———
Korang yang ada credit card tu.. tau tak yang korang boleh gunakan points credit card untuk ditukarkan kepada tiket pernerbangan MURAH / PERCUMA ie enrich miles #MalaysiaAirlinea / big points #AirAsia

Credit card ni kadang-kadang memang bahaya. Takut tak kuat iman bisa terbabas kelandang hutang. NAMUN kalau betul strateginya, we can maximise the full benefit. Boleh dapat tiket business class percuma lagi  

Contoh. Untuk bil bil utlities bulanan, mek memang dari dulu gigih autodebit je pembayaran insurance, phone bil, internet, letric, groceries dan lain lain pakai credit card.

Tapi Bila akhir bulan pastikan byr balik habis in full.  Kalau tak memang menangis la nak bayar interest yang tinggi.

Untuk perbelanjaan sedentum seperti tadika anak, beli gadget atau keinginan besar yang lain mek sign up untuk monthly instalment. 

Kadang-kadang bank ada promosi istimewa 0 interest. Paling tak pun bunga yang dikenakan lebih rendah dari pengunaan cc biasa 

Dengan pembayaran melalui cc ni lah mek convert points-points credit card yang ada kepada enrich miles.

Walaupun bukan sekelip mata boleh kumpul points untuk terus bercuti. Namun Sikit-sikit lama-lama kan jadi bukit. 

Bila dah tukar ke enrich points kita redeem la TIKET BUSINESS CLASS KE BALI. 😊

Selamat poket. tiket kapal terbang MAS PERCUMA untuk kami empat beranak. Hanya perlu byr RM80 seorang untuk airport tax. 

*TIPS kalau beli awal perlukan points kurang sedikit, Korang kena rajin survey direct on Malaysia Airlines Website / Air Asia Big

✈️ FLIGHT TOTAL COST - RM320


cuti bali

🏨 HOTEL
———-
If you are an avid traveller / selalu menetap di hotel bila bekerja out station. Make sure korang sign up jadi members. Contoh HILTON, IHG, ACCOR, HYATT, EXPEDIA DLL

PERCUMA je jadi member ni. Takde dikenakan sebarang bayaran. 

Setiap kali korang stay di hotel chain yang sama korang akan dapat points untuk setiap pembelanjaan di Hotel - bilik/ makan / aktiviti. which you can exchange into FREE NIGHT STAY selain additional perks seperti FREE ROOM UPGRADES, FREE WIFI, FREE BREAKFAST etc etc 

Trip cuti ke Bali kali ni kita org redeem 10,000 points = 5,000 points semalam / 2 MALAM PENGINAPAN HOTEL PERCUMA Di HILTON GARDEN INN NGURAH RAI BALI

Di Hilton Garden Inn Ngurah Rai Bali ni, Bilik sangat selesa. Siap disediakan perkhidmatan jemputan airport  dan city shuttle FOC / PERCUMA!

Lokasi Hilton Garden Inn Bali Ngurah Rai  terletak 500 meter je dari  airport. Kita org sampai agak lewat ke Bali jam 12am. So memang ok sangatlah stay tak jauh dari airport kan. 

Walaupun lokasi nya not right in the touristy area tak perlu risau kerna Kuta / Legian tak  jauh mana pun. Lebih kurang 15 min je. Nak jalan pun bisa. Kalau larat...  Tapiiii disebabkan weols bercuti ke Bali bersama kanak-kanak riang, Senang Pakai grab je.  (typical blaming on the kids parents) πŸ€ͺ

Kos sehala dalam 10,000 rupiah - 30,000 rupiah (rm3-rm10) saje pun. Duk dalam kereta aircond kejap je dah sampai. Tak yah peluh peluh kikiki

Yang penting HOTEL FREE dan sangat-sangat SELESA 

cuti bali


Malam Malam seterusnya pula we decided to stay di GRAND MIRAGE RESORT & THALASSO SPA, NUSA DUA 

Saja je nak feel pantai cantik, tenangkan mata dan fikiran. Ye la hari-hari biasa asyik dok mengadap jemm je memanjang. Sesekali kan best layan permandangan biru bunyi ombak.  

Di Nusa Dua ni pasir pantai bersih putih dengan air laut yang tenang. Sangat sesuai untuk anak kecil bermain \ percutian keluarga 

Lokasi pun tak berapa sibuk seperti di Legian / Seminyak / Kuta. Lebih relax 

Untuk trip cuti Bali kali ini kami bayar lebih kurang RM900 untuk 3 malam dengan UPGRADE bilik Ocean Premier View PERCUMA

Breakfast dah termasuk... Kanak-kanak bawah 6 tahun dibenarkan menginap secara percuma max 2 org sebilik.. 

Bilik di GRAND MIRAGE RESORT & THALASSO SPA ni selesa dengan permandangan laut biru. Tenang je rasa bangun pagi-pagi layan sunrise dari balconi bilik. 

Sebenarnya banyak je options yang boleh korang  pilih - Hotel / villa dengan harga berpatutan bila bercuti ke Bali.. bawah RM100 semalam pun ada dan dah cukup selesa. Antaranya ION benoa, Ibis, Mercure dll. Masuk je Agoda / Expedia Tepuk dada tanya selera. Tekan book. Settle 😊

TIPS : Kita orang pack inflatable bed macam dalam gambar kat atas bawa dari KL. Beli kat Tesco harga dalam RM50 je. Electric blower beli kat Lazada.com dalam RM20. Kecik je bila lipat muat masuk dalam luggage Lepas dah besarkan lebih kurang size queen size bed. Selesa tidur berdua. Senang bila nak bercuti dengan anak anak kecik. Tak perlu bayar lebih untuk extra bed. Depa pun enjoy  ala ala feeling indoor glamping 

🏨 HOTEL TOTAL COST - 
Hilton Garden Inn Bali Ngurah Rai
 2 mlm - FREE
GRAND MIRAGE RESORT 
3 mlm - RM900


cuti bali

πŸš— TRANSPORTATION 
—————————-
Selain FREE SHUTTLE SERVICE yang disediakan pihak hotel ke beberapa destinasi faveret sekitar Bali seperti Kuta / Bali Collection / Pantai. 

Kita org banyak pakai grab je kat sane. Harga pun tak mahal.. Lebih kurang RM3 - RM10 untuk trip yang dekat-dekat dan RM30 untuk trip yang jauh sikit 

Trip bercuti ke Bali kali ni memang focus untuk relax je dan weols pun tak rajin jalan jauh jauh. Lagipun sebelum ni dah banyak kali bercuti ke Bali. Lebih dari sepuluh kali ada kot πŸ˜…

TIPS Kalau korang yang baru nak venture, boleh cuba area di bawah

SHOPPING - ubud, seminyak, kuta 
BEACH - Nusa Dua , Nusa lembongan, 
VIEW - Uluwatu, canggu, Nusa Pedina 
MAKAN SEAFOOD - Jimbaran

πŸš™ TRANSPORT TOTAL COST 
6 hari - RM150 


cuti bali

πŸ₯˜ MAKAN
—————

Makan kat Indonesia memang best. Pilihan MAKANAN HALAL pun banyak. Kalau malas Tak yah pi jauh jauh untuk makan. Download app GOJEK depa hantar straight ke pintu kamar hotel / villa . 

Bajet makan kalau di restoran mungkin agak mahal sikit berbanding harga di KL.. contoh di Restaurant Maliboro yang femes dengan ayam lunak goreng harga sekitar RM150 untuk kami berempat

Kalau nak makan seafood boleh pergi ke Jimbaran. Harga mahal sikit... roughly estimate dalam RM150 ke atas bergantung pada hidangan seafood yang di pilih. Waktu paling cun dalam pukul 5pm untuk menikmati permandangan matahari terbenam sambil sambil layan live band dan bunyian ombak. Memang syok. Tempat lain takdak Kat Jimbaran je ado 

cuti bali

Kalau on-buget pun, tak yah risau.. Ada banyak pilihan makanan lokal yang murah. 

Contoh - NASI PEDAS IBU ANDIKA

Nasi Pedas Ibu Andika di buka 24 jam setiap hari.  Bajet dalam RM10 sorang sekali makan. Kulit ayam, urat ayam dan nangka muda antara menu wajib cuba. Rasanya memang pedas menyinga. Tapi seriou sedapss! 

πŸ₯˜ FOOD TOTAL COST - RM800 Untuk kami berempat sepanjang 5 Malam Di Bali 


cuti bali


πŸ’†πŸ»‍♀️ MASSAGE 
Urut bila cuti Bali hukumnya WAJIB. Kikiki.. 

Harga mur mur je dik non. Rugi wooo kalau tak layan. Kita orang laki bini memang hari hari massass tak habis habis bila bercuti ke Bali. Gagah take turn jaga anak.. hahaha Mana tak nya harga potongan habis. 

KEDAI KEDAI TEPI JALAN 
- RM20 reflexology 
- RM25 body massage 

SPA - dari RM80 ke atas 

HOTEL SPA - bergantung 

TIPS : kalau menetap di villa bila bercuti ke Bali korang boleh order spa / urut terus ke kamar villa pakai apps GOJEK. Harga dalam 150,000 rupiah / 50 hinggit sejam. Mur gils kan. 

πŸ’†πŸ»‍♀️ MASSAGE TOTAL COST 
RM400 untuk dua orang 6/8kali sorang 


cuti bali

πŸ’° DUIT POKET 
————————
Bila bercuti dengan anak ni haruslah kena ada duit poket untuk beli jajan, ice cream, souvenirs, t-shirt Bali dll. 

Kalau korang nak sopping banyak, boleh bajet  lebih sikit.. Tapi kalau memang tak minat sopping takyah bajet langsung pun takdahal 

Kalau membeli ole ole di toko-toko tepi jalan, make sure korang tawar menawar... Mula dengan paling kurang 50 percent dari harga yang diletakkan. Pastu pandai pandai lah korang la nak main harga. 

Contoh harga 
T-shirt - RM10 (beli 3 = RM30) 
Selipar quicksilver - RM50
Dress pantai - RM15-RM30
Barang decorasi rumah - RM20 ke atas 

TIPS Kalau tersasar duit sopping habis. Don’t worry. Maybank dan CIMB atm ada di sana. Make sure Korang aktifkan international withdrawal  sebelum terbang bercuti ke Bali. Kalau duit TER habis pi je la cucuk kat atm. Tapi Jangan sampai kering kontang pula.. Kang tak pasal-pasal nganga balik Malaysia. 

TOTAL POCKET MONEY  selamat dilaburkan RM500 -RM800


So yes.... Sapa kata cuti ke Bali memerlukan kos yang tinggi. 

Sebenarnya bajet kitaorg ni pun masih boleh dikurangkan lagi. RM500 sorang pun very very possible. Ikut pada selera korang nak cuti macam mana. 

Namun yang pasti cuti ke Bali memang best. Sekali pergi tak cukup babe. Kompim nak pergi lagi dan lagi 

Till my next post..... 

XX
TravelJunkieMum

Ahad, 3 Disember 2017

Cuti Europe - Pengalaman Tidur Di Hotel Disneyland Paris




Cuti Europe


Cuti-cuti Europe…  Angin sejuk sepoi bahasa.. Bangunan lama indah mewarna.. Shopping??? Ahmagaddd! How can you not fall in love? Jet’aime Paris… Twirl twirl kembang semangkuk fefeeling cinderella beranak dua (-_-“)

Trip ke Eropah kali ni was very special. Ini kali pertama kami menginap di Hotel Disneyland Paris. Lagi-lagi first time bawa sikenit dua beradik bercuti ke Europe. Walaupun 13 jam penerbangan tanpa henti. Ternyata tidak semudah yang kami bayangkan. BUT in the end… It was worth the moment shared. :)

Perjalanan Cuti Europe kali ni bermula with a beautiful scenic train ride dari London on Eurostar train. 

Keratapi dari London ke Disneyland Paris mengambil masa lebih kurang 2 jam 49 minit bermula dari London St Pancrass Station terus ke Disneyland Paris Marne-la-VallΓ©e tanpa henti

Kenapa naik train? Tak terbang terus masuk ke Paris? Niat utama nak support syarikat penerbangan Malaysia. Sungguhpun Malaysia Airline tidak lagi terbang terus ke Paris. Kami gagahkan jua. :)

Dari station Disneyland Paris - Marne-la-VallΓ©e, It took a brisk 5 minute walk untuk ke pintu gerbang Hotel Disneyland. 

Betul kata orang.... Disneyland have that special power to make anybody feel like a child again. Breathtaking beautiful. Tak terkata dengan tulisan. Just like in fairytales we usually read to the kids back home. 


Cuti Europe
Apa yang menarik bila menginap di Hotel Disneyland Paris?

LOKASI 
Terdapat banyak hotel di sekeliling Disneyland Paris. Namun Hotel Disneyland have the best locationTerletak bertentangan pintu masuk Taman Tema. Jalan sambil makan kuaci lenggang lenggok tetap 2 minit. Convenient la kata parisian. We can easiy go in and out between hotel room dan taman tema at any time. Senang nak tukar lampin, tidurkan budak, buat susu, mak pak nak rehat lepas kejar anak dalam taman.. ehhh..... 

Cuti Europe


Multiple day theme park pass
Package penginapan kami di Hotel Disneyland Paris ditempah melalui website -----> Disneyland Paris. 3 hari 2 malam lengkap dengan tiket taman tema Disneyland untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak (baby Adam masuk percuma) setiap hari kami berada di sana. Bermakna kami dapat 3 hari pass taman tema. Memberikan banyak masa untuk naik rides dan ronda ronda di dalam taman tema, shopping dan tengok parade berulang kali. Sampai boleh hafal lah step En Donald. Esok lusa boleh la minta kerja kossong jadi Elsa. errkkk
Cuti Europe
Antara street perfomance di Disneyland Paris. 
Fast Pass / Skip the line pass
Yes tak perlu beratur!  Pass istimewa diberi kepada penginap Hotel Disneyland Paris untuk menikmati beberapa permainan tanpa perlu beratur panjang atau skip the line. NAMUN tak semua ride boleh pakai kemudahan ni. But yang mana boleh. Dapat juga save 1 jam waktu menunngu ke 5 minit. Okeylah sesakali feel feel have have. Walaupun hakikatnya seluk saku nampak macam need helpppp (--")

Cuti Europe
Snow white goodies anyone?
Extra Hour 
Selain skip the line pass. Extra hour diberikan kepada setiap penginap Hotel Disneyland untuk masuk ke taman tema 2 jam sebelum waktu operasi @ 8 pagi. Masa lebih di taman tema membolehkan kami anak beranak selfie tanpa malu. erkkk Dan tentu lah peluang untuk naik rides kegemaran ramai lebih awal. So dapat lah mummy daddy merasa bergilir-gilir walau ke sana bersama si kanak riang.

Cuti Europe
Firework dari Balconi Hotel Disneyland Paris

Dining with Disney Character
2 meal percuma diberikan untuk setiap malam menginap di sana. Terdapat lebih 20 restaurant sekitar Disneyland Park dan cawangan hotel disney untuk dipilih. Room service. dinner show, makan bersama Disney character seperti Mickey, Goofy, Donald Duck.... Pilih sahaja. Semunya dah termasuk tanpa perlu bayar lebih. Best kan. 

Cumanya disarankan untuk book awal awal sebelum berlepas ke sana. Kalau nak book restaurant waktu sampai pun boleh cuma seat di beberapa hot restaurant selalunya sold out. Lebih lebih lagi peak season. 

Also good to note. dining pass ini boleh dinikmati secara buffet, ala carte atau fine dine. Apa yang lebih menarik ketika makan malam di restaurant Hotel Disneyland, kami sempat menonton firework penutup theme park comfortably dari balcony restaurant. Sangat cantik dan tentunya selesa. 

If you're planning on staying there and taking up the meal package. Make sure you book your meal reservation in advance to avoid last minute dissapointment


Cuti Europe
Look who decides to drop by and say hello during breakfast

Bilik tidur ala Disney characters
Walaupun kami menempah bilik paling basic. The room was very comfortable and beautifully decorated. Secantik dan mewah taman tema Disneyland. 

2 queen size bed dan babycot cukup selesa buat kami 4 beranak. Lengkap dengan toiletries mickey mouse di kamar mandi. Selain keperluan lain seperti baby bath tub, potty train toilet seat, baby high chair, steriliser are made available upon request.

You can expect a comfortable stay with your kids here. Berbaloi bayar lebih. Semunya ada dan cukup selesa.

Cuti Europe

Banyak lagi extra perks bila menginap di Disneyland Hotel Paris ni. Kemudahan seperti heated indoor Swimming pool, sauna room, day spa, games room, disney shopping shop, concierge dan juga nanny service are to be named few. Making it a great holiday destination untuk keluarga bercuti. Seriously it was just magical. 
Till then… Check out my next post… Sambungan cuti Europe ke kota Paris.


xxx

TravelJunkieMum 

Khamis, 10 Mac 2016

Wajib Tahu Sebelum Tempah Percutian Tanpa Agent


tiket pernerbangan murah
Wajib tahu sebelum bercuti

Tiket penerbangan 

Digalakkan beli ticket pernerbangan in advance. Best 6-12 bulan lebih awal apabila ingin bercuti ke luar negara untuk mendapatkan harga paling best. Tapi sebelum beli, make sure survey dahulu okey. What Ive learned Ticket penerbangan ke luar negara selalunya lebih murah untuk pernerbangan yang berlepas hari Ahad atau sabtu. Return during weekdays. Bergantung kepada destinasi. You just have to be flexible on your flight date to get the best rate. :)


tiket pernerbangan murah

Rajin survey website airline untuk dapatkan tiket paling murah

Check harga tiket ke destinasi pilihan luar negara dari beberapa airlines yang berbeza. Malaysia airline, Etihad, KLM, Singapore airline. Bangkok airline, Cathay, etc etc untuk dapatkan harga paling murah.


tips sebelum bercuti

Kayak.com

Mek suka  Survey melalui online flight comparison website seperti Kayak.com. Pyotravel.com atau Expedia.com to have a brief idea on who offer the best price ke destinasi percutian pilihan. DAN wajib recompare lagi sekali di website airline itu sendiri untuk kepastian. 

Boleh juga tempah tiket pernerbangan waktu promosi seperti Matta fair atau air Asia big sales. Waktu terbaik untuk membuat penempahan is during the weekdays dan super late at night when traffic is lower. 

Sign up for frequent flyer membership. Registration are free. Advantage sebagai member boleh kumpul points. Boleh juga transfer point dari credit/debit card untuk redeem tiket pernerbangan percuma atau seat upgrade. Contoh Enrich - Firefly & malaysia airline. Be alert they also usually runs enrich promo twice or more a year untuk redeem flights dengan points yang lebih rendah. As a member you will be notified by email used when u signed up. 

Nescaya lebih tinggi kebarangkalian untuk dapatkan best price for the best date. :)


Tempah Hotel Tanpa Agent


tempah hotel
Yes gambar traveler tak de edit-edit ye di Tripadvisor.com


Tripadvisor.com is one of my travel website must view! You can read previous Travellers review yang pernah stay di hotel m tanpa bias. Boleh juga lihat contoh gambar bilik, permandangan, lokasi dan lain-lain from a real traveler lens. So takde la terkejut waktu book gambar hotel meletops terbabooo TAPI bila check In lokasi jauh dimana mana, bilik indah khabar dari rupa. erkkk

Di website Tripadvisor juga. we can estimate the rate by key in date of travel to check price comparison dari beberapa onlinebooking platform seperti Booking.com, Agoda, Expedia even website hotel sendiri untuk semak best rate sebelum tempah bilik

travel junkie mum
Contoh Review mek on Tripadvisor 


And yes once dah bersedia untuk book. Make sure to recompare harga booking antara online booking platform vs hotel website


Make sure compare harga berbaloi ke tidak sebelum tempah
Plus point bila direct book bilik dengan hotel.. Kadang-kadang hotel offer freebies seperti free airport shuttle, free breakfast, food or spa credit etc etc. Dan boleh juga kumpul points untuk redeem dengan free night stay especially for chain hotel range 

Free night stay yay! :)

Pros bila booking dengan online travel agency pula. Website seperti expedia,  booking.com , agoda atau wotif membolehkan pelanggan membuat bayaran in our own currency which can be cheaper via direct banking / credit card. Boleh jimat pada charge international credit card conversion rate dan extra 1% bank service charge. Just make sure to choose payment in your own currency bila membuat penempahan


sebelum bercuti
Hello Eiffel! Bila nak jumpa lagi. Mek wiindu :)


Sekian some of my tips and tricks dalam misi mencari tiket pernerbangan dan hotel tanpa agent. Yes memang nampak macam renyah. But seriously Ive booked many great trips on my own at some of the best rate in town.  Till then.... 

xxx
TravelJunkieMum

Khamis, 25 Februari 2016

Countdown To Matta Fair 2016

Weehoo in two weeks time Matta Fair 2016 is back! Are you excited? I know I am #senyumlebarlebar dup dap dup dap  :) :) :) 

Sejak Matta Fair pertama yearssssss ago.. Every year it's like a routine - MATTA FAIR WAJIB PERGIIn fact I once won third price winner for Matta Fair Lucky Draw in 2012. 

Tujuan utama ke Matta Fair waktu tu.. untuk survey package Percutian Ke Mauritius

Selalunya we prefer to do our travel trip on our own.. Buttttttt untuk ke Mauritius tak banyak info mek jumpa online. Plus that was our first time to Africa Continent

Jadinya to make our journey smoother we decide on opting for travel agency arrangement instead. 

And yes where else boleh jumpa ramai-ramai travel agency at one go? Of course la Matta Fair. :) 

So after survey dan survey we came across Travel Agency 12fly Website here where we booked our Mauritius trip. 


Mauritius

Swimming with Dolphin - Mauritius 


After purchasing the trip di booth 12flyMatta Fair. I fill up the lucky draw form and submited my application di Booth Matta Fair yang disediakan. Tak lama pun. Took me about 5 min je to get the form, fill up and submit.. Lepas tu mek pulang ke rumah dengan hati membunga.. Al maklumlah baru beli package ke Mauritius :p 

Little did I expected to receive a call from Matta Fair Team a month after.. Ahmagaddddddd serious  I literally was jumping in car with excitement when I received the call that morning. Konpem neighbour kereta sebelah carutss.. Dah lah jam pepagi.. Mek senyum nak tembos tingkap kereta.. lol 

They invited me to attend the gift ceremony in KL Tower few days after. It was a simple quick event with light food prepared by the KL Tower Team before announcement as they randomly picked the lucky winner.... Yes cabutan was done live on stage..

Nerbeouss uols.. Dup dap dup dap jantung waktu tu.. And then.. They announced mine as number 3 with the prize.. Drum roll pleaseeee.. Free flight ticket for two person to any destination on Etihad Airline! Woohooooooo!!! "Terlebih dulu saya nak ucapkan terima kasih kepada ibu bapa.. suami.... yang banyak memberikan sokongan" erkkkkkk... bukan Grammy Awards eh :p

Matta Fair Lucky Draw
Woohoo - 2 Flight Ticket to Any Destination by Etihad Airline

So what did we did with the free ticket won during Matta Fair Lucky Draw worth more than RM6000? Mek and hubs went for a month Euro trip! 

Walaupun cost lain seperti tempat tinggal, makan minum, perjalanan tidak disediakan.. BUT at least we saved RM6000 on flight ticket AND got to fly on Etihad the first time... Dan yes Etihad serious best!. Airline hospitality at its best!. The itinerary of the trip was ---- 

KL - London - Paris - Madrid - Barcelona - Cannes - Milan - Venice - Florence - Rome - KL

matta fair 2016

When in Paris 

matta fair 2016
Beca / Trishaw dekat Nice, France. How cute is that?
matta fair 2016
We watched live football game at Chelsea Stadium - London 
( Chelsea VS Wigan Athletic)

Travel Junkie Mum
I even got to take picture and ticket signed
by Wigan Athletic Goal Keeper

matta fair 2016
Flamenco show di Madrid is a must!
matta fair 2016
Hello Chateau Versailles
Europe trip
Two nerds on segway on a cold wet date - Florence

To sum it all.. We had a fab holiday on both trip - Mauritius and Europe. Thank you Matta Fair for organising such a great event annually. Now travelling worldwide made easier.. And op course for picking us as one of your Lucky Draw WInner in 2012.

Thanks to Etihad AIrline too for the amayzing ticket won! Service was top notch!

We definitely look forward to visit Matta Fair 2016 this March! So are you guys going? Let me know what yu bought.. 

Selasa, 23 Februari 2016

8 Reason Why I Love Being A Mom


Why I Love Being A Mom

Alarm clock is no longer needed to start the day


Waking up before the baby arrived. Snooze mode has always been on repeat buzz.. Lazy bee on weekend diary? I can't remember the last of those.. Thanks to my lil one .. Waking up is at breeze this days just remembering it's time for school.. feed.. nappy change.. or just cause... Yes some days I do wish I could sleep in a lil longer.. But then she says "Mummy.. Elmo" (my girl is crazy over the show) and flashed those smile. Seriously how can I not wanna wake up to that :)



Why I Love Being A Mom

Mama. You're the boss!


Well technically daddy is number one.. But as a mum you're always in control on WHAT, WHO, WHERE, WHY. It's just in mum's DNA to think what's best for the family.. Mama knows what not to eat to minimize gas problem... Best time for nap to ensure baby's on best mood all day... Where to buy clothes.. milk... diapers.. The cheapest! In short.. What mama says goes! Well with daddy's approval of course :) 


Travel Junkie Mum

You're working out. Losing Kilos without even realizing!

Toddler just love to run run run.. climb and fall! With so many new sight and view to entice them.. Going out means more running, jumping and climbing! And there you are.. behind them making sure no one is hurt. Which technically mean you're running too! 80% mom I know loose more weight just by having toddler compared to signing for gym membership. Andddd to top it all.. Its Free!

Why I Love Being A Mom

OCD is no longer in you


Keeping the home in good state.. Items placed exactly where it was... Eating on  sofa Was A BIG No No!! Yes I was once difficult to pleased.. Now the rules have changed... After a long day at work and running around as mum and wife. I no longer have time to stressed over  small lil things.. Picking up and placing things only to be moved minutes later? I now have come to an agreement with my ownself..  To embrace the chaotic in life. Just so I can keep myself sane. 



Travel Junkie Mum

Everyday is a new discovery


There's nothing bring more joy than watching lil one grow.. First teeth.. First word.. First day at school.... First smile.. First kiss and many many first memories together. Even the first poo poo! (Yes mom's love are weird like that) i never thought a simple sentence such as "yayang mummy" or "mummy amin" or a train ride could bring joy of tears.. :)


Travel Junkie Mum

No more bad days


Even on my worst day.... When I looked  up to see my girl.. didn't take long before Ive forgotten what went wrong... Only she have that kinda superpower :) 

Travel Junkie Mum

Life is fab!


My kid taught me to appreciate more.. Stop.. look up at the beautiful cloud... Smell the roses in the morning.. Watch the rain drops in so much awe.. Or even just pointing out to the many wonders we sometime tend to ignore.. 

Travel Junkie Mum

Someone to love


I never knew I could love someone as much as this.. She's the fist I think in the morning and the last before bed.. Even in dreams I dream of her.. It's contagious like that... But having her bring so much joy.. Life now feels more complete :)

And that's just few top of Why I think it's awesome to be a mom! 

Yes.. Being a mom is a full time job.. But it ain't that hard either.. Just a lil adjustment here and there.. Despaired less sleep.. more running.. less me time.. multiple shouting.. multitask? Well you know mama we're good at that.:) To have them by our side somehow make life more worthwhile.. 

xxx
TravelJunkieMum

Catatan Yang Ditampilkan

8 Reason Why I Love Being A Mom

Alarm clock is no longer needed to start the day Waking up before the baby arrived. Snooze mode has always been on repeat buz...