Siapa pernah cuti ke Bali pasti setuju, Bali sangat sangat sangat sangat sangattttt best!
Post kali ni sisturs nak share macam mana kami sekeluarga, 4 beranak / 2 dewasa & 2 kanak-kanak riang bercuti mewah ke Bali.
Meh story morey... ð
FLIGHT ✈️
———
Korang yang ada credit card tu.. tau tak yang korang boleh gunakan points credit card untuk ditukarkan kepada tiket pernerbangan MURAH / PERCUMA ie enrich miles #MalaysiaAirlinea / big points #AirAsia.
Credit card ni kadang-kadang memang bahaya. Takut tak kuat iman bisa terbabas kelandang hutang. NAMUN kalau betul strateginya, we can maximise the full benefit. Boleh dapat tiket business class percuma lagi
Contoh. Untuk bil bil utlities bulanan, mek memang dari dulu gigih autodebit je pembayaran insurance, phone bil, internet, letric, groceries dan lain lain pakai credit card.
Tapi Bila akhir bulan pastikan byr balik habis in full. Kalau tak memang menangis la nak bayar interest yang tinggi.
Untuk perbelanjaan sedentum seperti tadika anak, beli gadget atau keinginan besar yang lain mek sign up untuk monthly instalment.
Kadang-kadang bank ada promosi istimewa 0 interest. Paling tak pun bunga yang dikenakan lebih rendah dari pengunaan cc biasa
Dengan pembayaran melalui cc ni lah mek convert points-points credit card yang ada kepada enrich miles.
Walaupun bukan sekelip mata boleh kumpul points untuk terus bercuti. Namun Sikit-sikit lama-lama kan jadi bukit.
Bila dah tukar ke enrich points kita redeem la TIKET BUSINESS CLASS KE BALI. ð
Selamat poket. tiket kapal terbang MAS PERCUMA untuk kami empat beranak. Hanya perlu byr RM80 seorang untuk airport tax.
*TIPS kalau beli awal perlukan points kurang sedikit, Korang kena rajin survey direct on Malaysia Airlines Website / Air Asia Big
✈️ FLIGHT TOTAL COST - RM320
ðĻ HOTEL
———-
If you are an avid traveller / selalu menetap di hotel bila bekerja out station. Make sure korang sign up jadi members. Contoh HILTON, IHG, ACCOR, HYATT, EXPEDIA DLL
PERCUMA je jadi member ni. Takde dikenakan sebarang bayaran.
Setiap kali korang stay di hotel chain yang sama korang akan dapat points untuk setiap pembelanjaan di Hotel - bilik/ makan / aktiviti. which you can exchange into FREE NIGHT STAY selain additional perks seperti FREE ROOM UPGRADES, FREE WIFI, FREE BREAKFAST etc etc
Trip cuti ke Bali kali ni kita org redeem 10,000 points = 5,000 points semalam / 2 MALAM PENGINAPAN HOTEL PERCUMA Di HILTON GARDEN INN NGURAH RAI BALI
Di Hilton Garden Inn Ngurah Rai Bali ni, Bilik sangat selesa. Siap disediakan perkhidmatan jemputan airport dan city shuttle FOC / PERCUMA!
Lokasi Hilton Garden Inn Bali Ngurah Rai terletak 500 meter je dari airport. Kita org sampai agak lewat ke Bali jam 12am. So memang ok sangatlah stay tak jauh dari airport kan.
Walaupun lokasi nya not right in the touristy area tak perlu risau kerna Kuta / Legian tak jauh mana pun. Lebih kurang 15 min je. Nak jalan pun bisa. Kalau larat... Tapiiii disebabkan weols bercuti ke Bali bersama kanak-kanak riang, Senang Pakai grab je. (typical blaming on the kids parents) ðĪŠ
Kos sehala dalam 10,000 rupiah - 30,000 rupiah (rm3-rm10) saje pun. Duk dalam kereta aircond kejap je dah sampai. Tak yah peluh peluh kikiki
Yang penting HOTEL FREE dan sangat-sangat SELESA
Malam Malam seterusnya pula we decided to stay di GRAND MIRAGE RESORT & THALASSO SPA, NUSA DUA
Saja je nak feel pantai cantik, tenangkan mata dan fikiran. Ye la hari-hari biasa asyik dok mengadap jemm je memanjang. Sesekali kan best layan permandangan biru bunyi ombak.
Di Nusa Dua ni pasir pantai bersih putih dengan air laut yang tenang. Sangat sesuai untuk anak kecil bermain \ percutian keluarga
Lokasi pun tak berapa sibuk seperti di Legian / Seminyak / Kuta. Lebih relax
Untuk trip cuti Bali kali ini kami bayar lebih kurang RM900 untuk 3 malam dengan UPGRADE bilik Ocean Premier View PERCUMA.
Breakfast dah termasuk... Kanak-kanak bawah 6 tahun dibenarkan menginap secara percuma max 2 org sebilik..
Bilik di GRAND MIRAGE RESORT & THALASSO SPA ni selesa dengan permandangan laut biru. Tenang je rasa bangun pagi-pagi layan sunrise dari balconi bilik.
Sebenarnya banyak je options yang boleh korang pilih - Hotel / villa dengan harga berpatutan bila bercuti ke Bali.. bawah RM100 semalam pun ada dan dah cukup selesa. Antaranya ION benoa, Ibis, Mercure dll. Masuk je Agoda / Expedia Tepuk dada tanya selera. Tekan book. Settle ð
TIPS : Kita orang pack inflatable bed macam dalam gambar kat atas bawa dari KL. Beli kat Tesco harga dalam RM50 je. Electric blower beli kat Lazada.com dalam RM20. Kecik je bila lipat muat masuk dalam luggage Lepas dah besarkan lebih kurang size queen size bed. Selesa tidur berdua. Senang bila nak bercuti dengan anak anak kecik. Tak perlu bayar lebih untuk extra bed. Depa pun enjoy ala ala feeling indoor glamping
ðĻ HOTEL TOTAL COST -
Hilton Garden Inn Bali Ngurah Rai
2 mlm - FREE
GRAND MIRAGE RESORT
3 mlm - RM900
ð TRANSPORTATION
—————————-
Selain FREE SHUTTLE SERVICE yang disediakan pihak hotel ke beberapa destinasi faveret sekitar Bali seperti Kuta / Bali Collection / Pantai.
Kita org banyak pakai grab je kat sane. Harga pun tak mahal.. Lebih kurang RM3 - RM10 untuk trip yang dekat-dekat dan RM30 untuk trip yang jauh sikit
Trip bercuti ke Bali kali ni memang focus untuk relax je dan weols pun tak rajin jalan jauh jauh. Lagipun sebelum ni dah banyak kali bercuti ke Bali. Lebih dari sepuluh kali ada kot ð
TIPS Kalau korang yang baru nak venture, boleh cuba area di bawah
SHOPPING - ubud, seminyak, kuta
BEACH - Nusa Dua , Nusa lembongan,
VIEW - Uluwatu, canggu, Nusa Pedina
MAKAN SEAFOOD - Jimbaran
ð TRANSPORT TOTAL COST
6 hari - RM150
ðĨ MAKAN
—————
Makan kat Indonesia memang best. Pilihan MAKANAN HALAL pun banyak. Kalau malas Tak yah pi jauh jauh untuk makan. Download app GOJEK depa hantar straight ke pintu kamar hotel / villa .
Bajet makan kalau di restoran mungkin agak mahal sikit berbanding harga di KL.. contoh di Restaurant Maliboro yang femes dengan ayam lunak goreng harga sekitar RM150 untuk kami berempat
Kalau nak makan seafood boleh pergi ke Jimbaran. Harga mahal sikit... roughly estimate dalam RM150 ke atas bergantung pada hidangan seafood yang di pilih. Waktu paling cun dalam pukul 5pm untuk menikmati permandangan matahari terbenam sambil sambil layan live band dan bunyian ombak. Memang syok. Tempat lain takdak Kat Jimbaran je ado
Kalau on-buget pun, tak yah risau.. Ada banyak pilihan makanan lokal yang murah.
Contoh - NASI PEDAS IBU ANDIKA.
Nasi Pedas Ibu Andika di buka 24 jam setiap hari. Bajet dalam RM10 sorang sekali makan. Kulit ayam, urat ayam dan nangka muda antara menu wajib cuba. Rasanya memang pedas menyinga. Tapi seriou sedapss!
ðĨ FOOD TOTAL COST - RM800 Untuk kami berempat sepanjang 5 Malam Di Bali
ððŧ♀️ MASSAGE
Urut bila cuti Bali hukumnya WAJIB. Kikiki..
Harga mur mur je dik non. Rugi wooo kalau tak layan. Kita orang laki bini memang hari hari massass tak habis habis bila bercuti ke Bali. Gagah take turn jaga anak.. hahaha Mana tak nya harga potongan habis.
KEDAI KEDAI TEPI JALAN
- RM20 reflexology
- RM25 body massage
SPA - dari RM80 ke atas
HOTEL SPA - bergantung
TIPS : kalau menetap di villa bila bercuti ke Bali korang boleh order spa / urut terus ke kamar villa pakai apps GOJEK. Harga dalam 150,000 rupiah / 50 hinggit sejam. Mur gils kan.
ððŧ♀️ MASSAGE TOTAL COST
RM400 untuk dua orang 6/8kali sorang
ð° DUIT POKET
————————
Bila bercuti dengan anak ni haruslah kena ada duit poket untuk beli jajan, ice cream, souvenirs, t-shirt Bali dll.
Kalau korang nak sopping banyak, boleh bajet lebih sikit.. Tapi kalau memang tak minat sopping takyah bajet langsung pun takdahal
Kalau membeli ole ole di toko-toko tepi jalan, make sure korang tawar menawar... Mula dengan paling kurang 50 percent dari harga yang diletakkan. Pastu pandai pandai lah korang la nak main harga.
Contoh harga
T-shirt - RM10 (beli 3 = RM30)
Selipar quicksilver - RM50
Dress pantai - RM15-RM30
Barang decorasi rumah - RM20 ke atas
TIPS Kalau tersasar duit sopping habis. Don’t worry. Maybank dan CIMB atm ada di sana. Make sure Korang aktifkan international withdrawal sebelum terbang bercuti ke Bali. Kalau duit TER habis pi je la cucuk kat atm. Tapi Jangan sampai kering kontang pula.. Kang tak pasal-pasal nganga balik Malaysia.
TOTAL POCKET MONEY selamat dilaburkan RM500 -RM800
So yes.... Sapa kata cuti ke Bali memerlukan kos yang tinggi.
Sebenarnya bajet kitaorg ni pun masih boleh dikurangkan lagi. RM500 sorang pun very very possible. Ikut pada selera korang nak cuti macam mana.
Namun yang pasti cuti ke Bali memang best. Sekali pergi tak cukup babe. Kompim nak pergi lagi dan lagi
Till my next post.....
XX
TravelJunkieMum