Sabtu, 21 Mei 2016

Percutian Ke Koh Samui. Apa yang best?

Destinasi Percutian Koh Samui.

Tahun ni MrG approve permintaan mek untuk celebrate birthday ke Thailand setahun lagi.  Apa lagi senyum gembira goyang goyang tepuk tangan, hehe

If you don't already know. di Thailand terdapat banyak Pulau-Pulau percutian yang dicalonkan antara tercantik di Asia malah dunia. 

Antara pulau-pulau favorite untuk percutian pantai di Thailand - Koh phi phi, Koh samui, Koh Pa Nghan dan Koh Lanta. Koh tu bermaksud pulau / island dalam bahasa Thailand. 

So.... Di Koh Samui apa yang best? Meh mek story.....


PANTAI / BEACH 

cuti koh samui
Pantai Chaweng

Air laut di Koh Samui tenang, cetek dan bersih. Bila berenang, boleh jalan jauhhhhhhhh masuk ke laut. TAPI hakikatnya air takat-takat peha / pinggang sahaja..

Ombak pun ala ala.. slow and steady... tak besar bercurrent bagai. Berbeza dengan pantai pantai percutian daerah Indonesia seperti Bali yang mempunyai ombak yang agak besar.... Making Koh Samui Beach that perfect natural pool kepada golongan yang tak berapa terrer berenang seperti myself included  ðŸ™ˆðŸ™ˆ

cuti samui
Pasir pantai Chaweng yang putih / bersih / halus


SPA / MASSAGE

cuti koh samui
Cuci kaki pun dah feel
Kalau bercerita tentang Spa atau massage. Serious... wajib book bila bercuti ke Thailand dan of course Samui.

Where else can you get an hour of full bliss massage for less than RM25 atau TBTH200 sejam?
Selain harga yang murah, Pelanggan boleh pilih untuk dimanjakan di dalam spa beraircond atau terbuka di tepian pantai.

cuti koh samui
Terrer akak ni urut


SHOPPING

Kalau bab shopping pula. If nak compare Koh Samui dengan Bangkok. Of course shopping di Bangkok lagi best darap seribu.

Bercuti ke Koh Samui

Shopping bila bercuti di Koh Samui ni kebanyakan barang yang dijual lebih kepada barang barang bercirikan percutian pantai. Seperti dress, t- shirt, singlet, accessories, barang hiasan rumah dll. 

Bercuti ke Koh Samui


Area yang biasa dikunjungi untuk untuk shopping di Samui - Lamai Beach atau Chaweng. Concept membeli di sini harus bargain! Kalau nampak sesuatu yang berkenan bargaining skills is a must! Harga akhir biasanya antara 30-50% daripada harga asal bergantung kepada mood penjual dan kebijaksanaan anda dalam tawar menawar.. 

Antara contoh harga barangan yang boleh di shopping ketika bercuti ke Koh Samui

T-shirt THBT100-200
Sarung bantal THBT100
Alas meja makan THBT150-400
Fridge magnet THBT30-100
Dress Pantai THBT150-300


Bercuti ke Koh Samui
Selain tu buah-buahan pun sangat best untuk di shopping di Thailand 


MAKAN


makan thailand


Sebut saja bab makanan. Semua pun dah tahu... makanan Thai memang the bomb!

Seafood wajib terbabooo sedap. Tak kira la makan di gerai-gerai tepian pantai, restaurant atau kedai biasa-biasa. Semua rata rata confirm sedap om nom nom yumms.

Antara some of must try dish 

cuti koh samui
see-food

cuti koh samui
Fresh oyester 70 bath satu

cuti koh samui
Seafood combo 600 - 2000 bath satu set boleh pilih nak makan dengan nasi atau potato

cuti koh samui
Pancake ni lebih kurang macam roti canai tapi ditambah dengan pelbagai topping. Wajib cuba... best!

cuti koh samui
Tom yam dengan udang sebesar tapak tangan :)

Thai Ice Tea.. Sedapppss
cuti koh samui
Mango sticky rice


PENGINAPAN

Untuk tempat penginapan percutian ke Koh Samui kali ni we stayed in 2 different hotel dan location 

Hotel pertama ; Le Meridien Koh Samui, Lamai

cuti koh samui
Entrance Hotel Le Meridien Koh Samui
Hotel Le Meridien terletak lebih kurang 5 min menaiki kereta dari Lamai Town. Dekorasi di sini bercirikan luxury, Thai dan resort pantai. 

What I like about Le Meridien Samui? Bilik pool villa yang selesa dengan kolam renang persendirian. Size tak terlalu besar tak terlalu kecil. 


Kalau yang nak berhoneymoon recomend amik bilik ni. Very the romantic. Untuk kami pengantin lama ni pun nak fefeling romantic juga.. hehe walaupun sisentil senantiasa berkepit 


cuti koh samui

Selain dari tu mek suka their simple deco. Walaupun Le Meridien Samui ni tak la sebesar mana tapi sebaik sahaja  melangkah masuk u can feel like you've be transported and arrived at your dream destination where everything is so peace and serene. 

Le meridien samui


Hotel ni tak pernah terasa sibuk. In fact sometime rasa macam kami sekeluaga je yang ada kat situ. 

le meridien samui
The main pool at Le Meridien Samui

Le meridien samui
Walkway daripada lobby ke entrance Hotel Le Meridien pada waktu malam

le meridien samui
Breakfast Le Meridien Samui

le meridien samui
Someone's enjoying her morning feed it seems #mickeymouse


Hotel kedua : Hotel Amari, Chaweng


Amari Chaweng Koh Samui

Next, kami pindah ke Hotel Amari Samui yang terletak di Chaweng. Lokasi hotel ni best.. sesuai untuk keluarga... 


Amari Samui
Dinner by the beach not far from Amari Samui
Di Hotel Amari ni... You can walk to anywhere. Shopping, spa, massage, restaurant? Semunya anggaran 5-20 min berjalan kaki sahaja melalui. jalan utama atau tepian pantai. Kalau malas nak jalan.. boleh je hail a tut tut.  


Hard Rock Samui
Hard Rock Samui
Harga tut tut dari Hard Rock Samui contoh antara 100 bth-150 bath ke Hotel Amari Samui untuk a family of 5. 

Amari Chaweng Koh Samui

Bilik deluxe room. The size is spacious enough untuk 2-3 person per room. Dekorasi berconceptkan modern dan hotel ni baru sahaja selesai proses refurbishment.

Overall we had a great 7 days bercuti bersama keluarga di Koh Samui. 

Till our next trip


xxx
Travel Junkie Mum

Tiada ulasan:

Catatan Yang Ditampilkan

8 Reason Why I Love Being A Mom

Alarm clock is no longer needed to start the day Waking up before the baby arrived. Snooze mode has always been on repeat buz...