Selasa, 20 Disember 2016

Bercuti ke Jepun Part 3 - Osaka & Nara

Next… Kami habiskan 4 hari 3 malam di Osaka pula sambungan dari Trip Kyoto sebelum pulang ke Kuala Lumpur. 

Itenary jejalan ke Osaka agak relax dan sempat peek a boo a glimpse of Bandar Nara for a quick bambi visit.

Perjalanan dari Kyoto ke Osaka ambil masa kurang dari satu jam menaiki train. Namun perbezaan di antara kedua bandar ini sangat lah ketara. 

Kalau kat Kyoto you feel like the time stood still di mana architecture bangunan lama dan tradisi kehidupan penduduk Jepun membawa kenangan kehidupan di era lampau. 

Di Osaka pula lebih moden dengan bangunan tinggi mencakar awan.


Shopping di Osaka

bercuti ke jepun osaka











Waktu di Osaka kami tak banyak berjalan pun... Tidak singgah ke mana-mana tempat bersejarah / tourist attraction kerna agak kesuntukan masa dan lebih focus untuk membeli-belah kekononnya lah. (Tapi in the the end tak membeli sangat pun… penat bersesak jer…  huhu) 

Antara area favorite tourist untuk bershopping bila bercuti ke Osaka - Shinsaibashi, Umeda, Namba, Dotonbori dan Midosuji. 

Kat sini memang ramai sangat visitor. Tidak kira sama ada local ataupun tourist. Terutama selepas waktu senja.. Memang happening. Macam-macam lah ada kat sini.. Entertainment, Restaurant, Shopping. All are here. 

Berbeza dengan Tokyo. Area membeli di Osaka lebih tertumpu / targeted to one area. Berbanding di Tokyo yang agak scatered around. 

Di Osaka you can basically walk thru one area to another tanpa perlu jump onto the train seperti di Tokyo. More convenience lah in a way.. BUTTT of course kat Tokyo lagi banyak pilihan bila membeli-belah. Maklumlah the capital city of Japan kan… Osaka ni lebih kurang macam Johor Bharu for Malaysian.


Nara Deer Park


bercuti ke jepun

Untuk trip ke Jepun kali ni.. Selain Osaka dan Kyoto we also did a short half day trip ke Nara untuk melawat Bambis at the Deer Park. 

Perjalanan dari Osaka ke Nara took less than one hour mengunakan train. Setibanya di train station Nara. We had a nice stroll thru the greens menuju ke area deer park where you can find all the Bambis. Lebih kurang 15 minit macam tu.  

Dekat Nara Park ni best tau… Boleh berkenalan dengan bambi bambi comel yang jinak dan manja. Dia org ni senantiasa tunggu je pelawat untuk diberikan makanan yang boleh dibeli di gerai berhampiran. If you have small kids recommend to do this trip. Our lil girl excited. Mummy daddy pun excited sekali maklumlah first time meet and greet bambi secara dekat...  hehe…



Universal Studio Osaka


Kalau di Tokyo ada Disneyland Tokyo.. Di Osaka pula ada Universal Studios. SInce our first trip dengan cik sentil ke Jepun last year we did the Disneyland Tokyo trip Namun pengalaman kurang memberangsangkan mengajar kami… haha… 

Mungkin dek kerana usia yang agak masih kecil (She was only one plus waktu tu) Cik sentil asyik tido jer memanjang.. Lagi-lagi weather sejuk… Hampeh... So we assume 3 years and below rasa cam too small to appreciate the excitement to be at such an exciting park) 

Ditambah pula trip kali ni mek sedang mengandung… Jadinya we decide to pit stop ajer ke Universal Studio Japan. Jejalan membeli  sambil snap gambar dan melihat dari luar sahaje.  

Di bangunan luar sekeliling Universal Studio ni pun ada banyak tempat shopping dan restaurant seperti Hard Rock Osaka dan juga Factory Outlet Gap.. For collecter boleh la beli fridge magnet, glass HRC dan other merchandise dari Hard Rock Osaka. Di Gap Factory Outlet pula you can purchase GAP items at a super discounted price. Best juga especially kids and baby stuff. Mummies dan Daddies... kalau jejalan ke  Universal Studio Osaka...  selamat teruja!


So there you go… Coretan percutian kami tiga beranak ke Jepun - Osaka, Kyoto dan Nara kali ini.

Stay tuned to my next post as I share hotel / tempat tinggal di Kyoto dan Osaka  dan some tips untuk mereka yang ingin melancong ke Jepun ok..

Till then

xxx

TravelJunkieMum

Selasa, 22 November 2016

Percutian ke Jepun Part 2 - Tempat menarik di Kyoto


Di Jepun.. Terdapat banyak tempat menarik untuk di lawati. 

Terutama sekitar daerah Kansai. 

Antaranya Kyoto, Osaka, Kobe, Nara, Harashimaya - Destinasi pilihan khususnya buat pengemar percutian food and cultural

Pengalaman bercuti ke Jepun kali ini - 8 hari 7 malam ke Kyoto, Osaka and a glimpse of Nara terasa berlalu terlalu pantas. 

Yang pastinya, we had a great family time bonding. 

Post kali ini I nak share beberapa Tempat menarik di Kyoto yang sempat kami lawati. 


NIJO CASTLE

cuti jepun

Kyoto dahulu merupakan Ibu Negara kepada negara Jepun dan tempat bersemadinya ramai emperor-emperor hebat Jepun sebelum berpindah ke bandar Tokyo. Nijo Castle  antara istana lama yang membawa byk sejarah kepada kota Kyoto. 

Nijo Castle dibina oleh Tokugawa Ieyasu - The first shogun of the Edo Period (1603-1867). Namun selepas kejatuhan empayarnya sekitar 1867. Nijo Castle kekal menjadi Emperial Palace sebelum didermakan kepada bandar Kyoto dan di buka kepada pelancong yang datang ke Kyoto dan telah dicalonkan sebagai salah satu UNESCO world heritage site.

Pengalaman menziarahi Nijo Castle... Best juga… Fefeling imagine zaman kegemilangan emperor zaman dulu.  Ala macam dalam cerita The Last Samurai yang ada Tom Cruise tu.. Show me the sakeeeeeeee…  ðŸ™ˆ

How to get here Nijo Castle terletak bertentangan dengan subway station Nijojo-mae Station - Tozai Subway Line. Dari hotel kami di Kyoto, Westin Miyako perjalanan menaiki subway cuma 5 stops sahaja. Cost 260yen = RM11 seorang sehala.

Entrance fee 600 yen = MYR 24 seorang

Tips = Bagi yang ingin menghayati lebih cerita di sebalik kegemilangan Nijo Castle… Boleh sewa audioguide at the entrance for a small fee. 

Do note jalan dalam Nijo Castle ni agak berbatu. Mungkin mencabar especially for those travelling with kerusi roda / stroller. 

What we did… Rent locker berbayar at the entrance untuk simpan stroller.  Cik sentil kami baby carrier kan ajer.... 


NISHIKI MARKET / TERAMACHI STREET

cuti jepun

Known as "Kyoto's Kitchen", Nishiki Marker is a lively center, specializes in all things food related.  
Pelbagai jenis makanan Jepun khusunya fresh seafood , sashimi dan sushi boleh di didapati di Nishiki Market. Making it a great pit stop for brakfast or lunch visit!

Antara makanan yang sempat kami cuba during our luncheon stop di Nishiki Market


cuti jepun


Sotong bakar = 600yen = RM24 

(sedap gils, sotong bertelur digrill makan panas panas kat counter)



cuti jepun



Salmon sashimi = tak ingat harga

Ikan salmon dipotong live. Dapat tengok sendiri bagaimana teknik pemotongan sempurna dalam menyediakan sashimi yang fresh.

cuti jepun

Takoyaki = tak ingat harga
Takoyaki ni rasa dia lebih kurang je yang selalu jual kat Malaysia tu. Inti sotong disalut tepung… makan panas-panas. Satu pack besar boleh share husband and wife pun dah kenyang sebab portion yang besar

(As we move upward from Nishiiki Market. We passed by Teramanchi Street yang terletak hanya bersebelahan Nishiki Market. Di sini pengunjung boleh do a lil of shopping. Kebanyakannya menjual baju, kasut, accessories Japaness style)


How we got here Taxi dari Nijo Castle ke Nishiki Market cost 800Yen = Rm32.

Entrance fee Free

Tips : Kena cuba street food di Nishiki Market. It can get costly but the experience worth every penny. Serious.. sushi kat sini fresh sangat…Tak dapat kat tempat lain tau.. Kat Jepun je ada. Rugi kalau tak cuba :)



GION STREET



Kalau sebut Gion Street.. Pasti terbayangkan gadis Geisha berpakaian traditional kimona berjalan sopan dengan makeup tebal putih gomak macam dalam movie Dato MIchelle Yeoh… Hehe.. Tapi kan.. the truth is… dua malam kami jejalan ke Gion… Jangan kata kan Geisha…. Maiko pun tak kelihatan…. Yang ada hanyalah tourist-tourist berpakaian kimono disewa untuk berselfie..:)



Walaupun tak berkesempatana untuk bertemu dengan Geisha. We still enjoy our nights strolling down Gion Street. Terutama sekitar jam 6-7pm waktu sunset di sana. Permadangan waktu senja di Gion Street menenangkan dan boleh dikatakan romantis juga la dengan berbackgroundkan rows of shops tradisi lama... 

How we got here Dari hotel penginapan kami, Westin Miyako menyediakan free shuttle service ke Gion Street secara percuma  / 10-15 min away by cab for 800 yen = RM32

Entrance fee No fee

Tips Selain Geisha.. Gion Street juga sangat famous sebagai area menikmati traditional Japaness cuisin

Termasuklah 2 restaurant makanan halal yang terletak sebelah bersebelahan yang menjual Ramen dan Daging Kobe Halal.

Unfortunately percutian kali ini ke Kyoto. Kami cuma sempat merasa Ramen Halal sahaja. Ok la the food... Not bad… Untuk more info boleh  click here 

makan halal jepun
Ramen & Ayam goreng Halal di Gion Street 


BAMBOO FOREST

tempat menarik kyoto

Kalau uols tanya... My fave tempat menarik di Kyoto untuk dilawati. Have gotto be Bamboo Forest Full stop!  

Bamboo Forest ni are well known as one of the most photographed sights in Kyoto city. Yet.. percayalah… no photos can do justice to that in-awe-feeling of standing and witnessing the midst of this sprawling bamboo grove yourself. So serene! It was indeed a very very nice evening strool for us 3 beranak.. 

Our Bamboo Forest kicked start with Sagano Romantic Train / Scenic Railway. A charming old fashioned train ride passing thru the breathtaking mountain, river and greens. Sepanjang perjalanan dalam keretapi Segano Scenic we were mesmerised dek permandangan air sungai dan hijauan hutan yang tenang.


tempat menarik kyoto

Lagi-lagi perjalanan di dalam keratapi separa open aired.. Best sangat.... Layan angin sepoi-sepoi sejuk nyaman…. 

Di penghujung nya pelawat boleh memilih untuk return on o a river boat… Tapi disebabkan mek sedang mengandung we opt to stay put on the same train je. Satu stop sebelum the final stop.. we got down from the train dan berjalan kaki melalui Bamboo Forest.. 

Walaupun perjalanan berjalan agak jauh... Lebih kurang 25 - 45 min. View persekitaran... Masyaallah.. Cantik sangat. Seperti dalam lukisan… 

How we got here Naik JR ke Saga-Arashiyama dari Kyoto Station. Station Sagano terletak betul betul bersebelahan JR Station… 

Entrance fee Masuk ke Bamboo Forest tiada charge TAPI Segano Train ride dikenakan tiket berharga 620yen dewasa / 310yen kanak-kanak 

Tips Wajb pergi di Kyoto! 



KYOTO IMPERIAL PALACE


Satu lagi Istana Jepun lama yang sempat kami kunjungi adalah Imperial Palace.

Bagi peminat percutian cultural. Lawatan ke Kyoto Imperial Palace pastinya mengasyikkan. Terutama sekitar waktu pagi dan petang.

How we got here Naik monorail ke Imadegawa station dari Kyoto Station.

Entrance fee FREE :)

Tips Don't come here rushing… Spend an hour or two to enjoy slow strol around the Palace…Terasa seakan masa terhenti.. Youre back in the 18s era.)



KIYOMIZU-DERA TEMPLE 
Gambar dicuri dari google.com
Famously known for its wooden stage… Kiyomizu-Dera merupakan antara kuil yang sering dikunjungi apabila melancong ke Jepun. 

Terutama pada musim Cherry Blossom. Pemandangan sekitar Kiyomizu-Dera pastinya memukau

tempat menarik kyoto

Perjalanan naik ke Kuil Kiyomizu-Dera pastinya tidak membosankan terutama untuk kaki shopping. Terdapat banyak kedai cenderahati di sepanjang jalan naik, menjual pelbagai barangan cenderahati unik buatan Jepun. 

Harga disini fix.. Tiada tawar menawar... Reasonable for Japaness standard…. Expensive of course for Asian budget… Hehe 

How we got here Taxi dari hotel = 1000 yen

Entrance fee FREE :)

Tips perjalanan naik ke Kiyomizu-Dera agak mencabar untuk parents with stroller atau pelawat on wheel chair / golongan kurang upaya kerana kedudukannya yang agak corong. 

Waktu petang = peek hours pelawat berkumpulan on tourist bus…. Recommend untuk visit di waktu pagi… Less ppl… Lebih tenang selesa dan tidak terlalu bersesak


FUSHIMI INARI SHRINE

tempat menarik kyoto

Deretan gerbang kuil berwarna jingga... Kalau sebut tempat menarik di Kyoto. Tak sah rasanya kalau tidak jejalan ke Fushimi Innari Shrine 


Fushimi Inari adalah antara an iconic must visit di Kyoto.

Uniknya di sini setiap gerbang berwarna orange yang tersergam indah merupakan hasil sumbangan usahawan-usahawan Japan kepada dewa Inari atau Dewa pertanian mengikut kepercayaan mereka. 

Di sini juga pengunjung boleh bershopping ole ole Jepun dan street food best seperti di Kiyomizu Dera..

shopping kyoto

Baju kanak-kanak Hello Kitty antara barangan yang boleh dibeli di kedai berhampiran dengan Fushimi Inari

makan halal jepun
Gigantic crab stick ni sedap!

And there you go… Antara tempat menarik sekitar Kyoto yang sempat kami lawati.

Actually banyak lagi tempat-tempat best kat Kyoto ni. 

Tapi al maklum lah travelling pace ibu mengandung... Faham-faham je la... Slow and steady....  

Till then… Stay tuned to my next post…. Percutian ke Jepun Part 3 - Tempat menarik di Osaka dan Nara


xxx

TravelJunkieMum



Other post on Japan Trip

Melancong ke Jepun. Percutian Osaka dan Kyoto - (intro & transportation)

Bercuti Ke Tokyo. Tempat menarik wajib pergi

Makan halal di Tokyo?

Cuti Tokyo......

Isnin, 10 Oktober 2016

Melancong ke Jepun. Percutian Osaka dan Kyoto - (intro & transportation)


Melancong ke Jepun


Betul kata orang… Jepun ni berhantu…. Bila sekali dah sampai.. Confirm berkali-kali nak datang lagi dan lagi… 

Kalau last year kami bercuti ke Tokyo... Entry click here

Alhamduillah. September baru-baru ini… “The Sentils” melancong ke Jepun sekali lagi. Kali ini ke daerah Kansai pula...  Osaka, Kyoto and a glimpse of Nara.. 

Seperti biasa…. mode percutian family tiga beranak di rancang sendiri tanpa travel agent. 

Sungguhpun itinerary agak padat dan memenatkan (untuk mama mengandung 5 bulan). Trip melancong ke Jepun kali ini tetap sangat best… 

What we did… see and eat… More cultural, scenic with lots of yummy foods


makan di jepun
Gigantic crab stick di Fushimi Inari, Kyoto. Sumpah sedap

Cuma yang tak berapa best… since our Currency exchange rate have recently drop tremendously…1000yen = RM40  Mata wang MYR bila ditukar kepada YEN… kecil je jadi nilainya. Berbanding 1000yen = RM35 ketika kami beruti di Tokyo akhir 2015… :'(

Cuaca sepanjang percutian September ke Jepun kali ini…. Summer transition ke spring dengan suhu panas sederhana antara 28’ - 30’ Celsius… Weather dia lebih kurang macam di Malaysia... tapi tak terlalu  bahang…. Ok lah.. Agak selesa untuk mek mek like myself yang not really big fan for the cold weather…. 

But of course untuk MrG... Dia lebih prefer kalau sejuk sikit… Mid October would be a better choice if you’re like him…. But for me…  I suka… Senang… Boleh pakai baju sama je macam kat Malaysi.… Tak payah nak pack baju sejuk tebal-tebal.. bawa luggage berat-berat… Pemandangan pun tenang je… Bunga mekar dari musim panas masih cantik berwarna-warni… Bersedia gugur menyambut musim autumn… Making it the perfect weather untuk melancong ke Jepun... For me la.... hehe


Melancong ke Jepun
Bamboo Forest,... One of my fave spot in Kyoto ;)


Transportation yang digunakan sepanjang percutian… Berjalan kaki, train dan teksi . Yes taxi can be painfully expensive in Japan… 


taxi fare kyoto
Taxi fare estimation di Kyoto

Tapi dik kerana mek is heavily pregnant and travelling dengan cik toddler yang bambam… Some of the touristy area yang memerlukan too much walking from station ke destinasi… We opt to jump into cab instead…. Sekurang-kurangnya tidak terlalu penat nak naik turun bus dan berjalan jauh kan….. 

Sebelum berlepas Ke Jepun… I dah siap-siap calculate budget transportation di Osaka dan Kyoto… And after further research we decide to opt for ICOCO IC CARD instead of Rail unlimited Pass. 

Sebabnya bila kira-kira balik lagi murah dan convenient based on our itenary untuk guna Icoco card yang konsepnya lebih kurang sama macam Touch & Go di Malaysia. Maybe kerana our itenary is scattered into longer days with fewer activities per day.. 

SO suggestion mek…. If you’re planning to travel down to Japan….… Adalah sangat afdal kalau uols plan itenary siap-siap sebelum beli JR Pass atau other options. What works for me might not work for you and vice verse.. :)


Itenary dan budget transport Di Kyoto & Osaka
Itenary dan budget transport Di Kyoto & Osaka

Itenary dan budget transport Di Kyoto & Osaka

Secara amnya... JR pass ni lebih berbaloi kalau your itenary involves more than 3 cities melancong di Jepun… Contoh —> Tokyo, Osaka, Kyoto,… Then JR Pass would be your best choice… 

Tapi.... kalau setakat ingin ke Osaka dan Kyoto sahaja.., Better recheckm  itenary kerana mungkin  alternative card seperti Icoco yang we ols purchased di JR train station Airport Osaka ini lebih sesuai dan flexible for u also.… 

The easiest way to compare bus / train rates… Boleh check melalui google map… Masukkan destinasi from and to…lepas tu calculate dan compare...

Contoh google map option of transport siap dengan estimation harga sekali 420 yen untuk first option

So yes.... if you're planning untuk melancong ke Jepun tanpa mengunakan agent.... Kena lah rajin rajin mensurvey... ;) 

Till my next post...To be continued…… Bercuti ke Jepun…Part 2 - Tempat menarik di Kyoto... 

Stay tuned....


Malaysia Airline - Hospitality at its best :)


xxx
TravelJunkieMum


Other post on Japan Trip



Catatan Yang Ditampilkan

8 Reason Why I Love Being A Mom

Alarm clock is no longer needed to start the day Waking up before the baby arrived. Snooze mode has always been on repeat buz...