Selasa, 30 April 2019

Cuti Bali - Percutian Mewah 5 bintang 6 hari 5 Malam / Bajet Bawah RM800 seorang

cuti bali


Siapa  pernah cuti ke Bali pasti setuju, Bali sangat sangat sangat sangat sangattttt best! 

Post kali ni sisturs nak share macam mana kami sekeluarga,  4 beranak / 2 dewasa & 2 kanak-kanak riang bercuti mewah ke Bali. 

Meh story morey... 😊

cuti bali

FLIGHT ✈️ 
———
Korang yang ada credit card tu.. tau tak yang korang boleh gunakan points credit card untuk ditukarkan kepada tiket pernerbangan MURAH / PERCUMA ie enrich miles #MalaysiaAirlinea / big points #AirAsia

Credit card ni kadang-kadang memang bahaya. Takut tak kuat iman bisa terbabas kelandang hutang. NAMUN kalau betul strateginya, we can maximise the full benefit. Boleh dapat tiket business class percuma lagi  

Contoh. Untuk bil bil utlities bulanan, mek memang dari dulu gigih autodebit je pembayaran insurance, phone bil, internet, letric, groceries dan lain lain pakai credit card.

Tapi Bila akhir bulan pastikan byr balik habis in full.  Kalau tak memang menangis la nak bayar interest yang tinggi.

Untuk perbelanjaan sedentum seperti tadika anak, beli gadget atau keinginan besar yang lain mek sign up untuk monthly instalment. 

Kadang-kadang bank ada promosi istimewa 0 interest. Paling tak pun bunga yang dikenakan lebih rendah dari pengunaan cc biasa 

Dengan pembayaran melalui cc ni lah mek convert points-points credit card yang ada kepada enrich miles.

Walaupun bukan sekelip mata boleh kumpul points untuk terus bercuti. Namun Sikit-sikit lama-lama kan jadi bukit. 

Bila dah tukar ke enrich points kita redeem la TIKET BUSINESS CLASS KE BALI. 😊

Selamat poket. tiket kapal terbang MAS PERCUMA untuk kami empat beranak. Hanya perlu byr RM80 seorang untuk airport tax. 

*TIPS kalau beli awal perlukan points kurang sedikit, Korang kena rajin survey direct on Malaysia Airlines Website / Air Asia Big

✈️ FLIGHT TOTAL COST - RM320


cuti bali

🏨 HOTEL
———-
If you are an avid traveller / selalu menetap di hotel bila bekerja out station. Make sure korang sign up jadi members. Contoh HILTON, IHG, ACCOR, HYATT, EXPEDIA DLL

PERCUMA je jadi member ni. Takde dikenakan sebarang bayaran. 

Setiap kali korang stay di hotel chain yang sama korang akan dapat points untuk setiap pembelanjaan di Hotel - bilik/ makan / aktiviti. which you can exchange into FREE NIGHT STAY selain additional perks seperti FREE ROOM UPGRADES, FREE WIFI, FREE BREAKFAST etc etc 

Trip cuti ke Bali kali ni kita org redeem 10,000 points = 5,000 points semalam / 2 MALAM PENGINAPAN HOTEL PERCUMA Di HILTON GARDEN INN NGURAH RAI BALI

Di Hilton Garden Inn Ngurah Rai Bali ni, Bilik sangat selesa. Siap disediakan perkhidmatan jemputan airport  dan city shuttle FOC / PERCUMA!

Lokasi Hilton Garden Inn Bali Ngurah Rai  terletak 500 meter je dari  airport. Kita org sampai agak lewat ke Bali jam 12am. So memang ok sangatlah stay tak jauh dari airport kan. 

Walaupun lokasi nya not right in the touristy area tak perlu risau kerna Kuta / Legian tak  jauh mana pun. Lebih kurang 15 min je. Nak jalan pun bisa. Kalau larat...  Tapiiii disebabkan weols bercuti ke Bali bersama kanak-kanak riang, Senang Pakai grab je.  (typical blaming on the kids parents) πŸ€ͺ

Kos sehala dalam 10,000 rupiah - 30,000 rupiah (rm3-rm10) saje pun. Duk dalam kereta aircond kejap je dah sampai. Tak yah peluh peluh kikiki

Yang penting HOTEL FREE dan sangat-sangat SELESA 

cuti bali


Malam Malam seterusnya pula we decided to stay di GRAND MIRAGE RESORT & THALASSO SPA, NUSA DUA 

Saja je nak feel pantai cantik, tenangkan mata dan fikiran. Ye la hari-hari biasa asyik dok mengadap jemm je memanjang. Sesekali kan best layan permandangan biru bunyi ombak.  

Di Nusa Dua ni pasir pantai bersih putih dengan air laut yang tenang. Sangat sesuai untuk anak kecil bermain \ percutian keluarga 

Lokasi pun tak berapa sibuk seperti di Legian / Seminyak / Kuta. Lebih relax 

Untuk trip cuti Bali kali ini kami bayar lebih kurang RM900 untuk 3 malam dengan UPGRADE bilik Ocean Premier View PERCUMA

Breakfast dah termasuk... Kanak-kanak bawah 6 tahun dibenarkan menginap secara percuma max 2 org sebilik.. 

Bilik di GRAND MIRAGE RESORT & THALASSO SPA ni selesa dengan permandangan laut biru. Tenang je rasa bangun pagi-pagi layan sunrise dari balconi bilik. 

Sebenarnya banyak je options yang boleh korang  pilih - Hotel / villa dengan harga berpatutan bila bercuti ke Bali.. bawah RM100 semalam pun ada dan dah cukup selesa. Antaranya ION benoa, Ibis, Mercure dll. Masuk je Agoda / Expedia Tepuk dada tanya selera. Tekan book. Settle 😊

TIPS : Kita orang pack inflatable bed macam dalam gambar kat atas bawa dari KL. Beli kat Tesco harga dalam RM50 je. Electric blower beli kat Lazada.com dalam RM20. Kecik je bila lipat muat masuk dalam luggage Lepas dah besarkan lebih kurang size queen size bed. Selesa tidur berdua. Senang bila nak bercuti dengan anak anak kecik. Tak perlu bayar lebih untuk extra bed. Depa pun enjoy  ala ala feeling indoor glamping 

🏨 HOTEL TOTAL COST - 
Hilton Garden Inn Bali Ngurah Rai
 2 mlm - FREE
GRAND MIRAGE RESORT 
3 mlm - RM900


cuti bali

πŸš— TRANSPORTATION 
—————————-
Selain FREE SHUTTLE SERVICE yang disediakan pihak hotel ke beberapa destinasi faveret sekitar Bali seperti Kuta / Bali Collection / Pantai. 

Kita org banyak pakai grab je kat sane. Harga pun tak mahal.. Lebih kurang RM3 - RM10 untuk trip yang dekat-dekat dan RM30 untuk trip yang jauh sikit 

Trip bercuti ke Bali kali ni memang focus untuk relax je dan weols pun tak rajin jalan jauh jauh. Lagipun sebelum ni dah banyak kali bercuti ke Bali. Lebih dari sepuluh kali ada kot πŸ˜…

TIPS Kalau korang yang baru nak venture, boleh cuba area di bawah

SHOPPING - ubud, seminyak, kuta 
BEACH - Nusa Dua , Nusa lembongan, 
VIEW - Uluwatu, canggu, Nusa Pedina 
MAKAN SEAFOOD - Jimbaran

πŸš™ TRANSPORT TOTAL COST 
6 hari - RM150 


cuti bali

πŸ₯˜ MAKAN
—————

Makan kat Indonesia memang best. Pilihan MAKANAN HALAL pun banyak. Kalau malas Tak yah pi jauh jauh untuk makan. Download app GOJEK depa hantar straight ke pintu kamar hotel / villa . 

Bajet makan kalau di restoran mungkin agak mahal sikit berbanding harga di KL.. contoh di Restaurant Maliboro yang femes dengan ayam lunak goreng harga sekitar RM150 untuk kami berempat

Kalau nak makan seafood boleh pergi ke Jimbaran. Harga mahal sikit... roughly estimate dalam RM150 ke atas bergantung pada hidangan seafood yang di pilih. Waktu paling cun dalam pukul 5pm untuk menikmati permandangan matahari terbenam sambil sambil layan live band dan bunyian ombak. Memang syok. Tempat lain takdak Kat Jimbaran je ado 

cuti bali

Kalau on-buget pun, tak yah risau.. Ada banyak pilihan makanan lokal yang murah. 

Contoh - NASI PEDAS IBU ANDIKA

Nasi Pedas Ibu Andika di buka 24 jam setiap hari.  Bajet dalam RM10 sorang sekali makan. Kulit ayam, urat ayam dan nangka muda antara menu wajib cuba. Rasanya memang pedas menyinga. Tapi seriou sedapss! 

πŸ₯˜ FOOD TOTAL COST - RM800 Untuk kami berempat sepanjang 5 Malam Di Bali 


cuti bali


πŸ’†πŸ»‍♀️ MASSAGE 
Urut bila cuti Bali hukumnya WAJIB. Kikiki.. 

Harga mur mur je dik non. Rugi wooo kalau tak layan. Kita orang laki bini memang hari hari massass tak habis habis bila bercuti ke Bali. Gagah take turn jaga anak.. hahaha Mana tak nya harga potongan habis. 

KEDAI KEDAI TEPI JALAN 
- RM20 reflexology 
- RM25 body massage 

SPA - dari RM80 ke atas 

HOTEL SPA - bergantung 

TIPS : kalau menetap di villa bila bercuti ke Bali korang boleh order spa / urut terus ke kamar villa pakai apps GOJEK. Harga dalam 150,000 rupiah / 50 hinggit sejam. Mur gils kan. 

πŸ’†πŸ»‍♀️ MASSAGE TOTAL COST 
RM400 untuk dua orang 6/8kali sorang 


cuti bali

πŸ’° DUIT POKET 
————————
Bila bercuti dengan anak ni haruslah kena ada duit poket untuk beli jajan, ice cream, souvenirs, t-shirt Bali dll. 

Kalau korang nak sopping banyak, boleh bajet  lebih sikit.. Tapi kalau memang tak minat sopping takyah bajet langsung pun takdahal 

Kalau membeli ole ole di toko-toko tepi jalan, make sure korang tawar menawar... Mula dengan paling kurang 50 percent dari harga yang diletakkan. Pastu pandai pandai lah korang la nak main harga. 

Contoh harga 
T-shirt - RM10 (beli 3 = RM30) 
Selipar quicksilver - RM50
Dress pantai - RM15-RM30
Barang decorasi rumah - RM20 ke atas 

TIPS Kalau tersasar duit sopping habis. Don’t worry. Maybank dan CIMB atm ada di sana. Make sure Korang aktifkan international withdrawal  sebelum terbang bercuti ke Bali. Kalau duit TER habis pi je la cucuk kat atm. Tapi Jangan sampai kering kontang pula.. Kang tak pasal-pasal nganga balik Malaysia. 

TOTAL POCKET MONEY  selamat dilaburkan RM500 -RM800


So yes.... Sapa kata cuti ke Bali memerlukan kos yang tinggi. 

Sebenarnya bajet kitaorg ni pun masih boleh dikurangkan lagi. RM500 sorang pun very very possible. Ikut pada selera korang nak cuti macam mana. 

Namun yang pasti cuti ke Bali memang best. Sekali pergi tak cukup babe. Kompim nak pergi lagi dan lagi 

Till my next post..... 

XX
TravelJunkieMum

Ahad, 3 Disember 2017

Cuti Europe - Pengalaman Tidur Di Hotel Disneyland Paris




Cuti Europe


Cuti-cuti Europe…  Angin sejuk sepoi bahasa.. Bangunan lama indah mewarna.. Shopping??? Ahmagaddd! How can you not fall in love? Jet’aime Paris… Twirl twirl kembang semangkuk fefeeling cinderella beranak dua (-_-“)

Trip ke Eropah kali ni was very special. Ini kali pertama kami menginap di Hotel Disneyland Paris. Lagi-lagi first time bawa sikenit dua beradik bercuti ke Europe. Walaupun 13 jam penerbangan tanpa henti. Ternyata tidak semudah yang kami bayangkan. BUT in the end… It was worth the moment shared. :)

Perjalanan Cuti Europe kali ni bermula with a beautiful scenic train ride dari London on Eurostar train. 

Keratapi dari London ke Disneyland Paris mengambil masa lebih kurang 2 jam 49 minit bermula dari London St Pancrass Station terus ke Disneyland Paris Marne-la-VallΓ©e tanpa henti

Kenapa naik train? Tak terbang terus masuk ke Paris? Niat utama nak support syarikat penerbangan Malaysia. Sungguhpun Malaysia Airline tidak lagi terbang terus ke Paris. Kami gagahkan jua. :)

Dari station Disneyland Paris - Marne-la-VallΓ©e, It took a brisk 5 minute walk untuk ke pintu gerbang Hotel Disneyland. 

Betul kata orang.... Disneyland have that special power to make anybody feel like a child again. Breathtaking beautiful. Tak terkata dengan tulisan. Just like in fairytales we usually read to the kids back home. 


Cuti Europe
Apa yang menarik bila menginap di Hotel Disneyland Paris?

LOKASI 
Terdapat banyak hotel di sekeliling Disneyland Paris. Namun Hotel Disneyland have the best locationTerletak bertentangan pintu masuk Taman Tema. Jalan sambil makan kuaci lenggang lenggok tetap 2 minit. Convenient la kata parisian. We can easiy go in and out between hotel room dan taman tema at any time. Senang nak tukar lampin, tidurkan budak, buat susu, mak pak nak rehat lepas kejar anak dalam taman.. ehhh..... 

Cuti Europe


Multiple day theme park pass
Package penginapan kami di Hotel Disneyland Paris ditempah melalui website -----> Disneyland Paris. 3 hari 2 malam lengkap dengan tiket taman tema Disneyland untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak (baby Adam masuk percuma) setiap hari kami berada di sana. Bermakna kami dapat 3 hari pass taman tema. Memberikan banyak masa untuk naik rides dan ronda ronda di dalam taman tema, shopping dan tengok parade berulang kali. Sampai boleh hafal lah step En Donald. Esok lusa boleh la minta kerja kossong jadi Elsa. errkkk
Cuti Europe
Antara street perfomance di Disneyland Paris. 
Fast Pass / Skip the line pass
Yes tak perlu beratur!  Pass istimewa diberi kepada penginap Hotel Disneyland Paris untuk menikmati beberapa permainan tanpa perlu beratur panjang atau skip the line. NAMUN tak semua ride boleh pakai kemudahan ni. But yang mana boleh. Dapat juga save 1 jam waktu menunngu ke 5 minit. Okeylah sesakali feel feel have have. Walaupun hakikatnya seluk saku nampak macam need helpppp (--")

Cuti Europe
Snow white goodies anyone?
Extra Hour 
Selain skip the line pass. Extra hour diberikan kepada setiap penginap Hotel Disneyland untuk masuk ke taman tema 2 jam sebelum waktu operasi @ 8 pagi. Masa lebih di taman tema membolehkan kami anak beranak selfie tanpa malu. erkkk Dan tentu lah peluang untuk naik rides kegemaran ramai lebih awal. So dapat lah mummy daddy merasa bergilir-gilir walau ke sana bersama si kanak riang.

Cuti Europe
Firework dari Balconi Hotel Disneyland Paris

Dining with Disney Character
2 meal percuma diberikan untuk setiap malam menginap di sana. Terdapat lebih 20 restaurant sekitar Disneyland Park dan cawangan hotel disney untuk dipilih. Room service. dinner show, makan bersama Disney character seperti Mickey, Goofy, Donald Duck.... Pilih sahaja. Semunya dah termasuk tanpa perlu bayar lebih. Best kan. 

Cumanya disarankan untuk book awal awal sebelum berlepas ke sana. Kalau nak book restaurant waktu sampai pun boleh cuma seat di beberapa hot restaurant selalunya sold out. Lebih lebih lagi peak season. 

Also good to note. dining pass ini boleh dinikmati secara buffet, ala carte atau fine dine. Apa yang lebih menarik ketika makan malam di restaurant Hotel Disneyland, kami sempat menonton firework penutup theme park comfortably dari balcony restaurant. Sangat cantik dan tentunya selesa. 

If you're planning on staying there and taking up the meal package. Make sure you book your meal reservation in advance to avoid last minute dissapointment


Cuti Europe
Look who decides to drop by and say hello during breakfast

Bilik tidur ala Disney characters
Walaupun kami menempah bilik paling basic. The room was very comfortable and beautifully decorated. Secantik dan mewah taman tema Disneyland. 

2 queen size bed dan babycot cukup selesa buat kami 4 beranak. Lengkap dengan toiletries mickey mouse di kamar mandi. Selain keperluan lain seperti baby bath tub, potty train toilet seat, baby high chair, steriliser are made available upon request.

You can expect a comfortable stay with your kids here. Berbaloi bayar lebih. Semunya ada dan cukup selesa.

Cuti Europe

Banyak lagi extra perks bila menginap di Disneyland Hotel Paris ni. Kemudahan seperti heated indoor Swimming pool, sauna room, day spa, games room, disney shopping shop, concierge dan juga nanny service are to be named few. Making it a great holiday destination untuk keluarga bercuti. Seriously it was just magical. 
Till then… Check out my next post… Sambungan cuti Europe ke kota Paris.


xxx

TravelJunkieMum 

Selasa, 15 Ogos 2017

Carbon Laser Facial Review - Clinic MF


carbon laser facial

Bila buka topik laser kulit. Mesti terasa ngilu pilu. Bulu roma naik sampai ke tengkuk. Takut, Ngeri, Seriau membayangkan bunyi machine Laser maratah kulit wajah. 

Srettttt sretttt chtreeettttt.....  (._.’)

Baru-baru ni mek terima undangan istimewa dari Clinic MF yang terletak di Mid Valley Shopping Mall, Kuala Lumpur untuk cubaan pertama kali Carbon Laser Facial yang sedang hangat di pasaran.

Excited. Thrill, Meroyan! Opkos I said "Yes Please!" sambil bulu mata yang tak berapa nak hador blink blink kegembiraan. :)

Appointment done with a breeze. Melalui telefon dan email. Jam 4 petang hari yang dinantikan. Set! Terpacak mama of two, di pintu Clinic MF. Rasa tak sabar nak cuba Rawatan Carbon Laser Facial.

Lokasi Clinic MF ni pun best! Clinic nya terletak di Lot 51-1, Boulevard, Mid Valley Shopping Mall. Kuala Lumpur. Bangunan office di antara 2 shopping mall - Mid Valley dan The Gardens. Parking pun sangat mudah. Sambil-sambil laser kulit muka. Sempat juga berwindow shopping. Cuci-cuci mata makan lunch Jepun sorang-sorang. :)

Di Clinic MF I was told semua rawatan kulit di sini dijalankan sendiri oleh Doctor Pakar dengan bantuan nurse. So pengunjung tak perlu risau tentang aspect keselamatan dalam pengendalian machine rawatan facial disini. 

Sebelum rawatan bermula. Questionnaire form perlu diisi pelanggan bagi memastikan sebarang alahan, rawatan kesihatan dan skin concern di highlight.


Inilah Doctor Felicia. Cantik kan kulit wajah doctor. Confident iols nak merasa :)

Sebelum Rawatan Carbon Laser Facial. Mula-mula nurse akan membersihkan kulit wajah pelanggan terlebih dahulu mengunakan Makeup remover sebelum dicuci sekali lagi dengan pencuci muka berbuih bagi memastikan kulit wajah betul-betul bersih. 

Bila raut wajah dah kering, Selapis masker carbon dialis ke seluruh wajah untuk proses rawatan laser Carbon Peel dijalankan. 

And then the fun part begin... Screeeetttt screeetttt schhhhretttttttttttt bunyi laser…… o_O


carbon laser facial



Proses rawatan Carbon Laser ni tak lah ambil masa yang lama… Lebih kurang 10-15 min je. 

Honestly… I wouldnt say its painless. Terasa juga la bila machine laser menyedut masker carbon dari kulit. TETAPI its bareable… Ala rasa dia macam ala ala kena gigit semut kecik gitue. Tapi secara continuosly dan laju...

Korang nak cantik kan? tahan kan je la aje… :) Set je happy thought in mind siap-siap. Masa terasa berlalu dengan pantas.

Selesai proses Laser. Masker sejuk disapu ke seluruh wajah. Bolehlah kalau nak beauty sleep kejap. Zen dalam 15 minit sebelum diakhiri dengan sapuan Pelembab Kulit.

Hasilnya?! Kulit muka terasa lebih lembut. Lubang pori-pori semakin mengecil. Garis halus semakin kurang dan kulit wajah tampak lebih berseri. 


SEBELUM Rawatan - Carbon Laser Facial
carbon laser facial
SELEPAS Rawatan Carbon Laser Facial


As you can see. Kulit wajah mek memang lah tak berapa nak marvelous pun uols... NAMUN sebaik sahaja percubaan pertama Carbon Laser Treatment ni di Clinic MF buat pertama kali. Honestly I can feel some different.

WALAUPUN takde la selicin mulus kulit wajah Angelina Jolie. Tapi nampak kan beza pori-pori kulit dan kecerahan seperti gambar di atas? Nampak berseri sikit. PS Ni gambar tanpa edit ye.. Originality.com. Kalau edit confirm lah macam Angeline Juling :P

So yes. kalau teringin nak cuba Rawatan Facial Wajah Carbon Laser ini sendiri. Jangan segan malu. Call je Clinic MF untuk setkan temujanji. Lagi-lagi sekarang ni ada Promosi Istimewa untuk pelanggan kali pertama / First Time Trial. Rugi kalau tak cuba! #jangancakaphakaktaklaser :)




Rawatan Facial Carbon Laser Peel sesuai untuk mereka yang

  • Mempunyai masalah kulit berminyak
  • Blackhead
  • Pori wajah besar 
  • Kulit wajah kusam
  • Masalah jerawat
  • Merangsang pengeluaran kolegen asli 
  • Menegangkan kulit wajah
  • Mengurangkan garis-garis halus dan penuaan



       ------------------------------------------------------------------------------------------------

Promosi Istimewa

Rawatan Facial Carbon Laser RM199 sahaja!! 
(Harga sebenar boleh mencecah hingga RM800) 


ATAU

Rawatan Facial "Fire and Ice" -RM299 sahaja!! 


(Harga sebenar boleh mencecah hingga RM400) 


       ------------------------------------------------------------------------------------------------


Clinic MF
THE BOULEVARD, MID VALLEY
51-1, The Boulevard
Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra,
59200, Kuala Lumpur
Tel ; 03 22888328 / 011 3537 3307

Waktu operasi 
Isnin - jumaat / 10am - 7pm
Sabtu / 10am - 5pm

Facebook  Instagram




Till then…

xxx

Travel Junkie Mum

Sabtu, 29 Julai 2017

Oh My Gerd!

gerd
Oh My Gerd! NuvapineA

Minggu lepas mek terima undangan dari Nuffnang untuk hadiri Media Forum “Oh My GERD!” anjuran NuvaPineA. Best juga. Sambil-sambil berkenalan dengan rakan media lain. My day was filled with so much informasi tentang penyakit GERD ini. Sejenis penyakit yang mek sendiri selalu alami terutama ketika sarat mengandung.

Apa itu GERD? (Gastroesophageal Reflux Disease). 

Ok GERD ni, merupakan sesuatu keadaan yang lebih serius daripada refluks gastroesofageal atau gastroesophageal reflux (GER) yang biasanya dialami orang ramai.

Cuba korang bayangkan… Di satu pagi Ahad… Jam menunjukan jam 8 pagi…. Bangun-bangun je… Sambil tengah malas-malas gosok mata mengeliat… Atas meja makan siap-siap terhidang. Nasi Lemak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Ayam, Nasi Tumpang, Nasi Tomato, Nasi Beriyani, Roti Canai Kuah Banjir, Mi Kari, Mi Goreng Mamak, Chicken Chop Hainanese, Ketam Masak Lemak, Kari Kepala Ikan, Udang Sambal Tempoyak, Burger Ramlee Special Extra Cheese, Benjo, Roti John, Durian, Rambutan, Manggis, Mata Kucing dan macam-macam lagi…. 

Perghhhhhhhhh…. heaven bro!  :)

TAPI pernah tak korang experience… Lepas makan besar atau buffet banyak-banyak macam tu. Tetiba rasa perut meragam. Kruk krak kruk krak bunyi dari dalam… Hempedu hati mula rasa tak selesa? Kembung perut, angin naik dari perut sampai kepala… Terus mood tukar rasa tak best… Well truth is, You could be in risk from experiencing GERD without even realising.

Ramai berpendapat penyakit GERD ini berlaku disebabkan tekanan atau stress ATAU daripada permakanan makanan bergas dan pedas. Tapi, hakikatnya… Stress bukan punca utama… 

Bla GERD berlaku... Kebiasaannya kita akan terdorong mengunakan ubat tahan angin yang banyak terdapat di farmasi dan kedai.

Awas ok! Ubat tahan angin ini hanya membantu untuk jangka masa pendek dan cepat. Semakin kerap pengambilan, Berterusan jangka masa lama. Badan korang mungkin akan jadi imune kepada effect ubat-ubatan ini. Akhirnya penyakit ni akan terus berlanjutan… Merebak… Dan berkemungkinan menjadi lebih serius sehingga boleh berubah menjadi kanser!

Cara yang betul - Bila korang suspect korang mengalami GERD, sepatutnya diubati dari asas masalah itu sendiri. Pengunaan produk BioEffectiveA sebagai contoh telah lama digunakan secara holistik oleh pesakit -pesakit GERD

Dengan konsistensi dan pengambilan 2 hingga 3 kali sehari berterusan dalam jangka masa panjang dipercayai mampu menyembuhkan penyakit GERD dari dalam. 

Bekas Perdana Menteri kita - Tun Abdullah Badawi merupakan salah seorang penguna produk BioEffectiveA selepas disaran doktor peribadi beliau dan ALhamdullilah Tun kelihatan semakin bertambah baik.

So yes… Betul kata orang kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya

The theory works the same dalam mengubati penyakit. Jika hendak berubat lebih afdal dimulakan dari akarnya. Cuba uols try BioEffectiveA, produk keluaran Australia ini. Mana tau this product could be the answer to all your pain all this years.

GERD
Made new friend - #Ohmygerd

Simptom penyakit GERD 

Sakit ulu hati 
Rasa seakan cecair masam di belakang kerongkong
Sukar menelan 
Rasa tersekat di dada atau anak tekak
Angin
Batuk kering 
Sesak Nafas
Mulut berbau
Gigi rosak
Sukar tidur
Sering keletiihan


BioEffectiveA boleh didapati di farmasi-farmasi terkemuka seluruh Malaysia. 


Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi Nuvanta’s Nuvaceuticals melalui email pharmacist@nuvanta.com #ohmygerd #nuvapinemy



GERD
NuvapineA & Ginger Tea

xxx
Travel Junkie Mum















Catatan Yang Ditampilkan

8 Reason Why I Love Being A Mom

Alarm clock is no longer needed to start the day Waking up before the baby arrived. Snooze mode has always been on repeat buz...